The Owner.

My Photo
I'm a survivor and a coffee addict. My name is nur amira mohd rabani. My dad said, i was born to be a 'problem maker'. Well... i hold to this quote, 'I would rather make mistakes than do nothing. I would rather mess up than miss out completely' Chill. Do what you love, or die unhappy? Life is not a destination, its a journey. I lead my 'journey', i make zillions of plans, i shall want to try many things, and yet i believe Allah 'decide' everything. Take a deep breath, drink coffee, and keep calm. Thing happens for reasons. Oh yeah, i might be someone you used to know yo (:

May 17, 2013

BBQ Part I : The Preparation? Err the simple one. Hehee.

Walaupon esok pagi at 10AM aku ada exam final lab, tapi sebab aku rasa macam aku dah habis review ke-sembilan-sembilan experiment (reviewww je padahal, japgi aa hafal baliks), jadinya aku nak release kepuasan aku kat sini jap. Kejap jeee. Janji! Meh sini nak update cerita aku dari siang tadi.

Siang at 12.00 Tengah hari setelah aku gembira dengan project FYP aku dapat apa yang aku nak setelah berebut-rebut dengan seratus classmates lain yang ingin kan tajuk yang same kehkeh, Alhamdulillah, Alhamdulillah aku syukur.. Akupon telah pergi ke NSK untuk beli barang-barang seperti arang, tisu, pinggan mangkok, sudu garpu, sumi sumi, jajan jajan, dan macam macam lagi barang-barang prep and tech bersama Izzil, Alyo dan Saerah, dan aku. Heheee. Untuk program kali ni, aku jadi Asst. Head Prep and Tech. Walaupon ini posisi pertama kali aku sandang, seronok gak hias-hias tempat nii wupenye. Cuteeee kot aku hias! Bukan perasannnn, tapi memang orang puji pon kots citenyeeee. Hihihihih sorry lah kalau korang rase cam nak lempang muke akuuu, tapi tengok niii! XDD

Aku, Heriy dan Izzil 5.30 PM dah terpacak kat sini angkat meja dan kemas-kemas tempat. Kerja part aku dok jaga PA sistem, susun kerusi yang dorang angkat, tiup balloons dan gantung-gantung balloons. Weeee! AKU SUKA! AKU SUKA! Diorang angkat meja, angkat kerusi, sediakan tempat bakor and nyalakan bara yang susah nak mampuih kesiannn kihkihkih. Tengok decorationnn tuuuu! Cantik takkk?! Penat tauuu aku tiup balloon sampai nak tercabut pusat tahuu heehee, then pajat kewusi gantung balloons tu kasi tergantung terapung-apung gituuu. Orang datang dok situ cakap, "Ishh macam fairytale plak makan bawah pokok ada balloons camnii. Ni mesti kerja kau kan Miraaa?!" Hehehehe. Harus lahh!! Aku seronok, dan aku bertambah seronok tengok orang lain seronok weee.

 Semua orang busy buat kerja sedari jam 6.00PM. Tak kisah lah yang ada projects duedate esok ke, yang ada final exam lab esok keee, semua busy enjoy buat kerja kat sini dulu heheee. Terima kasih lahhh yang tolong membakar makanans yang banyak melimpah ruah, membungkus hadiahs, memikirkan games, dan menghias kan tempat aicewah tetibeee nak gakk XDD P/s : Takleh blahhhh ade orang rebus kerang kat tepi tuu!! (gambar atas kanan) Hahaha siap berlagak cakap, "Aku masuk cooking skill dapat A solid kot! Aku reti masak kerang rebus tauuu!" Puii lahhh, aku malas nak tunjuk bakat je. Kang tergolek korang tengok aku masak kehkeh.

Suliza yang sangat kewl act as Program Manager yang akan sentiasa ugut orang dengan pisau kat tangan dia tuu if orang tak buat kerja. Dan aku yang ada exam esok tetapi still berpuas hati dengan semua benda yang berlaku tadi dan rasa happy bile Suli sampai terus cakap "Comelnyeee tempat nii... Aku suke!" Hehehee, aku rasa cam... Yayyy! 

To be continue? InsyaAllah, jika ada masa lagi nanti.

Doing your best is more important than being the best (:
- Requote. Cuba baca ulang-ulang kasi fahammmm. Heheee.

Sekian sahaja untuk sesi sebelum tidur kita kali ni. Cerita tamat! Program BBQ ni start at 8.30PM. Nanti lah if aku ada masa, aku sambung cerita lagiiii. Nak tunggu gambar dari photographer duluuu hihik. Esok aku ada exam final lab, doa kan akuuuu! Aku baru start belajar at 12.00 midnight tadi ni. Semoga Allah permudah kan segalanya. You only live once. Life, have no flashback. Enjoy, and study! Heheee. Chow.

May 15, 2013

Last class of Material Charac Sem II 12/13, Weeeehooo!! XD

Without the best classmates, class means nothing hehehee.

Nak tahu tak, ini first time kot agaknya aku rasa braders and sisters kat class agak mix around jugak lah. Terima kasih kat Madam kamiiii, Madam Zuraidah yang sangat baik, comel, sukeeeee bagi soalan susah-susah stock critical thinking punyeee, and paling penting for me, she's soo mother-ly! Tahu tak, aku paling sukeee class tu kalau lecturer ingat nama students. Aku rasa di-appreciate, camtu jugak korang kannn? Jangan tipu aaa. Kalau lecturer tu kenal kita, mesti kita akan rasa seronooook je dalam class tuu. Heeee. Class ni boleh kata antara class aku attendance hampir full (padahal sebab class 11.30AM, memang senang lahh hihik) Aku jarang gilos ponteng class ni, sebab dia agak beeeeest. Weeee. And tadi was the last class untuk semester iniii. Alhamdulillah, bermakna berakhir sudah lahhhhh kita punye sesi pembelajaran untuk subject Material Characteristic Sem II, 12/13. Weeeeeeeee, habis habis!! Merdekaaa!! Merdeka?! Banyak aa kau. Berakhir class = Bermula study week = Specky Nerdddd mode ON! Chaiyokkk XD

Mehhh aku perkenalkan korang classmates akuuu yang aku baru kenal semester nii, tapi kat class dorang ni bising cam apekejadah sampai kitorang mesti sakit kepala "Diam aaa korang! Bising aaa!" Pongpang3. Aku cakap korang eh, lelakiiii niii semuaaaa jaaaaaauh lebih kaki gossippp dari perempuannn!! Kau pakai kasut baru? Mahu kena bahan, "E'ehh, ada orang tuuuu pakai kasut baruu!" Haha. Tapi serious, bila kat luar class, terserempak kat memane, korang takkan percaya perangai diorang camnii. Diorg akan bajet macho tahap aku rase "eeeeeee kenapa dia camtuuu! dia tak camtuu sbenanyeee, dia sakai gileee sbenanyeee!" Kihkih. Kat luar cam ni - - "Hai. Hai. K bye." ngan muka serious. Tapi kat class camni - - - "Weeeiii, siapa busuk tak mandi nii? Kau eh? Kau ni macam pakai baju semalam jek?" Haaaa, tapi kat luar kalau tak kenal mesti korang akan fikir depa ni orang-orang berilmu lagi berilmiah. Hihihihi termasuk lahhh aku juga, sebenarnya dua kali lima je takde beza kehkeh.

15th May 13, Material Characterization, Semester II 12/13 berakhir sudah. 
Tiga dari kiri madam kami : Madam Zuraidah yang comels.
We all loveeee you to the maxxx! Thank youuuu for everything madam XD

Weee class dah habiiss, hooorayy yaaabedaaabeduuu!! Jom amek gambar class, kekawann!! Tak kisah lah evendow ade ramai tak datang ponn. Hihihihi. Yang tak datang tuuu, nasib lah. Cuma aku nak bagitahu satu pendapat kecil aku ; Hidup nii sekaliiii jeee untuk kita rasa semua ni, masa berjalan tanpa pernah menunggu kita. Enjoy lahhh to its fullest guys! Hidup kat universiti ni adalah zaman terbaaaaik untuk berseronoks :') Seingat aku lah kannn, last time amek gambar cenggini was time sekolah Tingkatan 5 dulu kann? Or maybe foundation? Heheee. Sebab apa? Sebab apa zaman 'comel-comel' camni semakin kita lupekannn? Sebab... Semakin kita membesar, semakin banyak masa kita spend buat kerja sendiri-sendiri, semakin kita lupa untuk appreciate apa yang kita ada di sekeliling kita, habis class terus blah tanpa peduli orang sekeliling kita, semakin kita sibuk kejar dunia dan melupakan 'kebahagiaan' yang sedia ada Allah beri dikiri dan kanan kita sebenarnya. BETUL BUKAN? Reflect. Dunia ini kita kongsi bersama :) Wink.

P/s : FYP punye tajuk dah keluaaaaaaarr!! Omaigaddd!! Im not ready yeeeeeeeettt!! Aku masih confuse lagi, nak teruskan project Intern drag ke FYP atau amek tajuk lain?! Haaaa, someone please guide meee. Tapi aku minat gilos tajuk 'Kulit Durian' tu hoooi. Menarik tak project aku investigate fibre composite dalam kulit durian punye thermal conductivity?! Heheeeeee. Tapi cam susah sebenarnya LOL. 

The first BACHELOR PARTY in my betch!

Sesungguhnya, kegembiraan mampu diperoleh dengan memberi kegembiraan kepada orang lain :') Truer than true. Regardless berapa banyak ponnn kerja kita, berapa dekat pon exam dengan kita, tapi jika kita fikir dan luangkan sedikit masa yang kita ada untuk gembirakan orang, sebenarnya kita adalah manusia yang peroleh kebahagiaan jauh lebih banyak dari itu. Betul. Gembirakan orang, nescaya Allah akan gembira kan kita weee :') Aku seronok tengok partay ini berjalan lancaaaaaaaaar. Happiness belongs to all of us!!

HARI NI, MAY 14th 2013 at 10.00PM, 
I HAVE ORGANIZED & CELEBRATED THE FIRST 
'BACHELORETTE PARTY', IN MY LIFE.

Sangat best mereka semuaaaa budak-budak betch aku ni! Kepoh semacamm XD
We are the Final Year Engineering Student of IIUM, will be. 
Yeah, we have bundles of works. But chill Y-O-L-O, you-only-live-once yaw!

Subhanallah, kan sudah aku bagitahu dulu ada seorang classmate aku bakal mendirikan rumah tangga weekend ini. Makanya, telah lah kami mengadakan satu Bachelor Surprise Partay untuk beliaaaaau! Dengan begitu gah sekali. Petang-petang dah beli makanan untuk digoreng bagai dalam kehujanan, malam pukul 9.00PM dah pergi beratur kat KFC beli ayam berbucket-bucket untuk sentapan malam dan mencari balloon untuk di pecah-pecahkan. Aku cakap dah kannn, aku memang cepat terujaaa orangnya! Bukan aku kahwin, kawan aku jeee ponnn. Tapi aku punye excitedddd cakappppp kauuuu macam hape jeeeee. Aku sangat gembira, sangat tak terkata. Aku tak kisah tak siap kerja rumah bagai, asalkan aku rasa gembira and meaningful semua niii. Weii, ini lah saat-saat yang seorang perempuan nantikannn :') Bergelar seorang isteri.

"Wardah, nanti dah jadi seorang isteri, jangan lupeee plak kat kitorang yang single-single lagi kat sinii. Heheee. Pasni kalau nak joinnn partay-partay camni kau dah kena mintak izin suamiiii weee"  
- Kehidupan indah and best, yang aku selalu bayangkannn :')

Aku rasa, kite kena at least celebrate kawan kita niii sebelum dia melangkah ke alam baruuu ituuuu. Takpe lahh korban kan sikit satu malam untuk kite spend di sini. Memory stays kekawan. Memory stays! Memory macam nii lah yang akan kita pegang sampai tua, yang akan kita ceritakan, gebang-gebangkan kat anak-anak cucu-cucu kitaaa! :') Betul bukan? Kita tidak cerita betapa stress dan banyak kerja and assignmentsss kita time belajar kat cucu kita nanti, sebaliknya kita akan cerita betapa banyak memory indah yang tidak terbeli yang kita perolehi sepanjang melalui titi-titi kehidupannn kepada cucu cucu kita nanti. Pengalaman itu lebih bermakna :') Maaf lah, tapi ini hanya lah pendapat aku. Lain orang, lain pendapatnya. Ada orang mungkin rasa, dok bilik study tuh lagi baik, keluar dating ngan pakwe lagi best, dok bilik main handfon 24jam ngan si dia lagi seronok. Hermmm....  Lain orang, lainnnn fikiran nya. Aku ada fikiran aku yang lain yang mungkin berbeza dari anda, sorry lah kalau ada yang tak setuju :')

Sesungguhnya, saat aku menaip entry ini, aku berada dalam mode yang sangat ter-tumpang gembira untuk kawann akuuuu. Happiness never decreases by being shared, kannnn! Then, why not? :') Aku tengok dia, buat aku terdetik jaaaaaaaauh disudut hati aku, alaaa aku nak jugak, cam best jeee kahwin. Hermmm, tapi Wardah ni baik, cantik, sopan santun, kemas, berdisipilin, cakap pon elok-elok. Aku ni.... Haih, jadi wedding planner boleh laaaaa. Hihihihi emooooooo!! Benciiiiiii emoooo. Takpe lah, echa cakap watpe nak kepoh gelabah, setiap orang Allah dah tetapkan jodoh masing-masing. Cuma awal atau lambat jeeee. Allah knows better. Heeeee.

Boleh ke camni? Boleh lahhhhh. Mak aku selalu cakap, "Susah dah sekarang nii Mira nak jumpa lelaki camtuuu." T__T Alaa Mak, jangan aa cakap camtu. Ini matlamat hidup saya niii. Heheee. Percaya tak kalau aku cakap daripada gambar atas tuu, 80% budak-budak ni masih single and ada minded cam aku jugak? Heeee. Seronoknyeee kalau dapat bercinta lepas berkahwinnnn, kami mungkin 'lame' and ketinggalan zaman, tapi sedarkah anda, hidup mengikut peredaran zaman tidak menjamin kebahagiaan ponnn, kannn :') Semoga Allah 'kabulkan' doa yang kita 'rayu' hari demi hari ye, kekawan! Jangan berhenti berdoa. 

Finally, classmate perempuan betch aku bakal melangkah ke alam baru.
Who's next? Siapa pasni?
Yang lawaknya, laju-laju semua orang berebut ; Akuu! Akuu! Meee! Akuuu lah, aku lahh! Kihkih.

P/s : Hargailah saat-saat dan detik-detik bermakna dalam kehidupan, sekarang ni kekawan. Percaya lah, dengan hanya melihat orang lain bahagia je, itu sudah mampu beri anda kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya. Jika anda tidak berada di sisi kawan-kawan anda saat dia bahagia, jangan pelik jika disaat anda bahagia, tiada siapa disisi anda. Bahagia kan orang, nescaya Allah akan bahagia kan kita :') Ini serious. Untung lahhh siapa yang kahwin masa studyyyyy heheheee. Meriah tahap superbsss!

May 14, 2013

Lets, REFLECT.

Look at yourself. Lets reflect.

I own a car. Oh, but actually im not.
Its my dad's old car. Its not mine.

I own a scooter. Oh, but actually im not
Its my dad's money, he bought it for me. Its not mine.

I own a touch screen new laptop. Oh, but actually im not
Its my dad who bought it for me. I just borrow his money, and promise will payback. Its not mine, yet.

I own lots of clothes, baju kurungs, shoes. Oh, but actually im not.
Its my parents' money. I just asked them for whatever i wish to have. Shame on me. Its not mine!

Please, reflect.

I own nothing. Theres nothing that i own is exactly mineeee. None!

I own nothing, except knowledge. Ilmu jeeee lah harta yang aku ada. Yang lain? Semuaaa bukan aku punya. Semua parents aku punya. Titik peluh, mereka yang dapat kan. Aku? Takde ape. Takde ape. Semua kesenangan, bukan aku yang punyeeeeeee! Aku tahu bersuka ria, berseronok, tanpa sedar diri bahawasanya semua yang aku ada ni bukan belongs to aku ponn? Tak malu ke? Hanya ILMU je lah yang layak aku cakap, "AKU PUNYA!" Yang lain? Bukan. Bukan. Kalau bukan sebab kasih sayang mereka, kita tiada apa-apa! Jangan sebok atau berangan cakap ini aku punya, itu aku punya, aku ada itu, aku ada ini, padahal.... ITU KAU PUNYA KE? Reflect dude, reflect.

Hanya ilmu yang tak seberapa ni je lahhhh yang mampu kita cakap, KITA PUNYA. Sebab apa? Sebab kita yang usaha untuk membaca, untuk belajar, untuk stay up, untuk tanye member-member, untuk Google apa yang kita nak tahu, ilmu -- itu sahaja yang kita ada. Yang lain? Tidak kekawan. Kesenangan ini semuaaaaaaaa bukan kita punya. Jadi, berusahalah lebih gigih untuk memiliki 'harta dunia' yang betul-betul layak kita kata "NI AKU PUNYA!" :') Tetapi untuk sampai ke tahap itu --- ilmu harus penuh di dada. Pengalaman harus di cipta. Kejayaan harus digenggam dengan se-eratnya.

Belajar lah sesungguh-sungguhnya. Final semakin menghampiri. FINAL NEXT WEEK HOI! Jangan hampakan harapan orang tua kita, bukan sebab mereka dah tua... Tapi sebab mereka tidak pernah cuba dengan sengaja hampakan harapan kita!

Baca ulang-ulang dan fahami maksudnya ketat-ketat. Lets THINK!

Study hard, study hard! Jangan jadikan puasa itu alasan untuk kuat tidur. Jangan jadikan banyak kerja tertunggak itu alasan untuk tidak boleh mengulang kaji, bukak notes! Jangan jadikan tidur lewat itu alasan untuk asek terlajak Subuh. Jangan jadikan setiap agenda dalam kehidupan ini alasan untuk ke arah kemalasan. Tak puas lagi ke nak bermain? PLAY HARD, STUDY HARD!

May 13, 2013

Its okay to fail, you will learn better. Trust meeee! :)


Selamat pagi korang-korang, pagi ni aku ada tugas yang harus dijalankan. Class begins at 11.30AM tapi kena pergi Kuliyyah at 10AM atas dasar tanggungjawab pheww :) Selalu dengar kannn orang kata, ada benda baik dan ada benda tak baik. Ada benda best, ada benda tak best. Hitam putih dalam kehidupan gituuuu. Haaa, biasa kan? Maybe semalam kita jatuh sehingga terluka, tapi sebab luka tu kita belajar sesuatu dengan lebih baik. KAN? Ya. Aku nak cerita something, dimana cerita ni sudahpon aku bercerita di tempat lain dulu before cerita kat sini. Heheee. Before aku tunjuk korang gambar yang korang kena baca, biar aku perkenalkan diri aku duluuu. (Ehh, aphal tetibe kannn? Kehkeh) No, No. Aku cuma nak bagitahu, korang tahu ke betapa aku sangat ingin tahu bagaimana cara berenang? Tahu kah korang, aku dari duluuuuuuuuuu nak tahu tapi aku ni lembap sikit. Ehh, sikit ke? Banyak actually. Dah sejuta kawan dok ajar ponnn, aku camtuuu gak. Tapi walau macam mana pon, aku still simpan hasrat dalam hati tuuuu kemas-kemas. Takde satu pon impian aku yang belum jadi kenyataan, aku biarkan dia mati-terkubur. TIADA. Sebab aku ni jenis degil ke? Mungkin lahhhhh. Tapi aku takmoh fikir cenggitu, aku lagi prefere fikir, dengan adanya usaha apaponnnn boleh bhai! Weeee.

A true story of me :') Belajar lah sesuatu, dari kesilapan.

Cerita atas ni aku taip betul-betul lepas aku berjaya. Memang lah orang kata e'eleh skill tu berapaaa je creadit hour, tapi chill. Bukan itu yang aku kisah, aku fikir "Akhirnyaaaaa, aku reti! Aku berjaya dahhh!" Weee. Aku serious fikir, petang tu aku datang nak training je since dari pagi aku drive 10AM pergi wedding kawan baik aku sorang ni, Dari Gombak - Kuala Krau, Pahang - Gombak - Female sport complex pool, test. Walaupon pengalaman lemas tuuu sangan TIDAK KEWL, seksa weiii. Takut kot! Kau faham tak pada kedalaman 2.5M, which is 100cm / 1.00m lebih tinggi dari aku, tetiba aku fikir benda mengarut, aku punye focus distract dan aku lemas. Perasaan? Jujur eh, ianya SANGAT TIDAK COOL. Ahahahaha. Aku trauma sekejap, sampai kat tebing selepas diselematkan guna pelampung, Zai terus jerit, "Miraaa, kau boleh sebenarnya! Kau kena ada water confident! Water confident kau mana?!" Aku cam menjerit dengan tersedak-sedaknya, "Aku tahuuu! Aku bolehhh! Sikit jeeeee lagi! Apa aku tengah fikir nii?!" Okey, never give up. May 11th 2013 in memory. Pengalaman saya first time lemas!

Jadi,

Fahami lah kawan-kawan, kita takkan belajar sesuatu sebaik-baik dari kesilapan sendiri. 
.All the best. Begin living your dreams!
Dah pukul 9.45AM, nak siap-siap dah. Chow, adios!


Bedtime story : The tree and me who loves to talk to the tree!

Lihat! Lihat! Pokok saya sudah membiak. Makin kembang dan membiak hari demi hari.

Its getting bigger and bigger. Weehooo!!

Tahukah korang, aku memang saje bela pokok yang hanya ada daun. Takde bunga. Kenapa? Sebab aku tak romantik langsung ke orangnya? Hermmm, itu mungkin betul. Tapi sebab paling kukuhnya ialah..... Sebab aku tak mahu kecantikan dan keindahan yang aku lihat itu tahan hanya sementara. Korang pernah jaga pokok bunga? Okey, aku pernah. Perasaan dia BEST SANGAT jika pokok itu berbunga. Aku rasa seronokkkk sangat bila tengok bunga tu hidup setiap hari, nampak cantik jeeee. Setiap pagi dan malam aku akan tenung and cakap, "Yay bungaaaa, cantiknye kau nii. Hidup elok-elok ehh!" Aku suke gegileeee, aku rasa bila aku bela pokok dan ia berbunga, aku lah manusia yang paling bahagia sekalii. TETAPI tiada benda yang kekal di dunia.... Bunga yang hidup tak tahan lama. Semua akan matiiii bila dah tiba masa. Nanti bila bunga mati, akuponnnn sedihhh. Aku rasa suram dah pokok tu tanpa bunga.... Nanti kalau tetibe bunga tu layu or mati tak tentu pasal... Haaa tuh lagi lahhh aku kecewa tahap dewa yang mampu buat aku menangis tanpa air mata. Serious. Aku benciiii perasaaan tuuu. Perasaan hanyalah sementara.... Jadi? Mencegah lebih baik dari memulih bukan. Sebab itu, aku ajar diri aku untuk tak payah lah beli pokok bunga, nanti kalau bunga tu mati... Aku gak yang sedih. Tak mawww!!

Thats why pokok di bilik ini hanya lah yang ada daun sahaja :')

Seeee, ada baby baruuu tumbuh! Banyak plak tuuu. Ada daun yang mati gak. Tapi tak kisah ponnn, sebab ada banyak daun lagi and ada lagi yang baru tumbuh. Yayyyy! Weeee!

Morale and kaitannya hidup aku dengan pokok, ialah :

Before aku bercerita. Hayati cerita di atas ini dulu. Sedihh, bukan?

Tahukah korang, setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita akan berlalu macam tuuu je. Setiap yang hidup akan mati. Setiap yang sedih akan berlalu pergi. Setiap yang kita dengar sampai rasa nak muntah, juga akan berlalu pergi. Aku nak luahkan something ni, ada benda aku nampak jeeee tak kisah, tapi sebenarnya aku tengah tahaaannnn untuk apa, akupon tak tahu. Yang pasti kekadang boleh tak before bercerita tuuu fikir dulu? Boleh tak? Mesti lah tak boleh kannn. Sebab aku akan dengar jeee jugak walau macam manaponn aku rasa. Salah aku, salah aku sebab tak tunjuk apa yang aku rasa sebenarnya. Tapi... 

Tapi.... Aku kesiaaaaaaaann!! Aku selalu fikir, kalau bukan aku nak dengar, siapa yang nak dengar? AKU SELALU FIKIR CAMTU. CELAKA LAH OTAK AKU NI. KENAPA AKU FIKIR CAMTU? Aku tak larat nak dengar dahhhh sebenarnya. Mula-mula aku rasa 'okey-takpe', lama-lama aku rase rimas and sometimes aku rasa YA ALLAH, TAKDE CERITA LAIN KE NAK CERITA?! Tapi aku diammmm je. Kenapeeeee aku still tahannnnn jugak? Aku rasa nak lari dari situasi tak gune nii. Tapi aku tak boleh. Aku kesiaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnn :'( Udahnye, aku pon kesian kat diri aku gak. Bongok. Semua ni bongok. Dah lameeeeeeeeeeee aku tahan, even sekarang aku tahan gak, tapi aku nak explodes kat siniii! Aku benci. Aku tak suke cerita kat orang ape aku benci, aku rasa tak elok ponnn, jadi aku selaluuuu cakap ngan pokok niiii sesorang. Aku rasa aku pon dah jadi sama bengong cam ayah akuuu yang sukeee cakap ngan pokok setiap pagi and petang before and after balik kerja. Aku selalu cakap kalau aku nampak,

"Laaa cakap apa ngan pokok tuuu haaa?! Tak habis-habis dok cakap ngan pokok."
"Ade lah. Cakap ngan pokok lagi bagus dari cakap ngan orang. At least pokok dengar, and pokok zikir. Tak macam manusia, dah lah susah nak mendengar, susah berzikir. Kannn?"

Sebab tuuu, aku takmaw jadi manusia yang cam ayah aku cakap tuu. Aku takmaw jadi manusia yang lebih teruk dari pokok. Aku takmaw. Aku tak kisah jadi seorang pendengar. Aku suka mendengar. Tapi semua benda kat dunia ni, ada limit. Termasuklah aku. Aku pon ada limit, kekawan. Akupon ada....

Aku tak tipu. Ayah aku selalu cakap ngan pokok, kalau dia sakit hati, dia cerita kat pokok. Dia gembira, dia share ngan pokok. Duit dia dah nak habis, dia ngadu kat pokok. Sebab tuuu bile keluar pergi memane supermarket keee, dia akan ikut tapi dia dok luar mall je if mall tu ada kedai jual pokok-pokok sebab dia sukeee nak tengok-tengok pokok. Umah aku takde kawasan tanahponnn, tapi penuh ngan pasu pokok-pokok ayah aku, ayah aku bukan gila but thats how dia handle perasaan dia, by talk to the tree. 

Pernah kah anda terfikir, apakah 'character yang anda mainkan' di Bumi ni? Fikir wei!

Aku rasa, akupon dah start suke cakap ngan pokok. Aku sakit hati, aku sedih, aku rasa cam celaka jeeee perasaan niii. Kenapa aku nak rasa camni ngan orang tak buat salah ngan aku ponnn? Dia niat nak bercerita jeeee, apa salahnya? Aku yang salah. Sebab aku dah tak larat nak dengar, aku jadi rimas sampai sakit hatiiii.  Aku dah tak larat. Orang yang camni tak tahu ke kewujudan pokok yang boleh mendengar dengan lebih baik? Boleh tak, berhenti cakap ngan aku pasal benda yang sama? AKU DAH TAK TAHAN, AKU RIMAS! TAPI AKU KESIAN.... AKU RASA BERSALAH KALAU TAK DENGAR. AKU RASA AKU JAHAT LAH. AKU KESIAN KAT ORANG CAMNI, TAPI ENDUP NANTI AKU KESIAN KAT DIRI AKU JUGAK SEBAB KENA TAHAN NGAN BENDA NI. Kenapa dunia camniiiii T___T 

Selamat malam, dunia. 
Semoga esok lebih baik dari hari ini. Ameen. Puasa wei esok, Isnin. Bulan Rejab ni sehari puasa, equals to setahun dosa kita diampukan (InsyaAllah) Untung tuuuu. Niat cepat, jom jom :') Sesungguhnya dengan berpuasa akan menjadikan kita manusia yang lebir bersabar. Dunia tidak pernah akan jadi lebih mudah, manusia yang harus menjadi lebih tabah. Fahaaaaaaaaaaaaaam? Chow. Salam.

May 12, 2013

Multi-shot 16 Melaka, in memories. Trololol.

Assalammualaikum. Untuk pengetahuan mereka-yang-nak-tahu, aku tengah taip ni sambil kaki cram. Sakit gilos macam lumpuh jeeee aku rasa. Mana tak ke bangang-nye, dua hari berlalu dipenuhi banyak bendaaaa. And akhir sekali climaks untuk dua hari yang berlalu ini ialah, petang pukul 5 tadi aku ada Final Test untuk Swimming Skills. Percaya atau tidak, aku lemas. Aku akhirnya mengalami pengalaman lemas setelas 23 tahun hidup di muka Bumi Allah ni. Heheee. Tapi takmaw cerita sekarang, sebab aku nak tunjuk korang something. Nothing important! Ahahahahak memang semua entry dalam blog ni takda yang important ponnns! Aku boring, sakit kaki takleh nak balik rumah, jadi aku ingin kongsi memory aku semalam. Aicewah! XD

Aku kannn selalu percaya, kalau kita buat baik ikhlas dan sabar, 'upah' itu pasti ada. Jadi, walaupon aku letih melayan karenah adik aku, letih nak drive ulang-alik, tapi bila aku fikir reward tuuu ada jika aku tahu hargai dan bersyukur and lihat dari perspective lain. Mudah je hidup ni. Makanya, perjalanan aku Uia-Putrajaya-Melaka-Uia, dalam sehari sangat berbaloi walaupon pada mulanya aku fikir,

"Aduh, kalau pergi takpe lah ade adik aku teman, balik kang aku sorang. Sedihnye!" Satgi disaat aku memerlukan, tiba-tiba seorang kawan sudi teman aku dan cakap alang-alang dah sampai tuu jom je lah kita g jejalannn. Heheee, maka terlakar lah sebuah kisah sejarah di Negeri Bersejarah. Nahhh, sasterawan punye ayat aku bagi XD Walaupon sebenarnya patut pergi bertiga, tapi banyak hal plak jadi. Hence, endup pergi dua orang jeeee.

Kenapa tittle untuk entry ni, Multi-shot 16 Melaka in memories? 
Jom aku jawab, kerana...

# Multi-shot 16 : Welcome to A'Famosa pintu gerbang yaw. Ini lah trademark Negeri Bersejarah kita.

# Multi-shot 16 : Menara Taming Sari. Serious aku cakap, macam bangang aku ngan Nuyu dua orang ni naik menara ni. Sebelah kitorang couple. Pastuh orang-orang jaga situ semua tengok kami yang jalan berpeluk-peluk ni cam bangang. Aku sajeee je jalan camtu kahkah. Sakit hati akuuu, nak aje jerit "Hoooi kami bukan lesbian lah! Kami straight okeh!" Puii. Tapi tak cakap ponnn kami wat derk je, nasib aaa. Aku kan tak-suke-cari-pasal orangnye. Hikhik.

# Multi-shot 16 : Apentah nama tempat ni. Tapi aku nak bagi satu quote untuk dia, "I wish i can fly like....the aeroplane at my back?" Hihihi. Tinggi tuuuuu aku terbang sama level ngan kapal terbang tu dahhh. Nak lawan? Kahkah XD

# Multi-shot 16 : St. Paul Church something-something, aku lupa nama penuh dia apa. Time ni kannn, terserlah sungguh 'kebijaksanaan' kami berdua. Kami sampai sini duluu tau memula tuuu setelah mendaki tangga yang banyak before ke tempat-tempat lain. Aku curious, "Ehh ni ke A'Famosa? Apsal nampak lain a?" Nuyu menjawab, "Entah lah. Cam pelik je. Ke bukan ni? Cam lain je?" Aku membalas, "Eh, tapi cam ye je batu-batu ni familiar nampak? Eh tapi mana pintu gerbangnya? Takkan dah runtuh kot?" - Hermm memang, memang Sejarah aku time Trial SPM dulu dalam B je pon. Seb baik real SPM, dapat gak A rezeki lah namenye tuu kuikui.

# Multi-shot 16 : Ehh, something is wrong!! Ce teka apa? Haaa. Tak tahu? Ada dua persoalan yang timbul ; First) Kapal ni atas air ke darat and besar tak? Second) Ehh mana model untuk Muti-shot 16, MANA AKUUU?! 

# Multi-shot 16 : Okei, ni baru betols. Hihihihi cacat ke aku ni? Tak lahhh, ni super-normal namanye. Korang tu yang tak faham apa itu konsep super-normal. Wekks.

# Multi-shot 16 : Kincir air something-something. Aku lupe untuk kali ke seratus juta kali apa nama penuh dia nii -___-" Yang pasti time kami kat sini ada dua orang foreigner dari China ni tarik tangan kitorang and nak ambil gambar sekali sambil cakap dalam bahasa ibunda mereka, bahasa Mandarin. Haha cam ape je insyaAllah lah kami fahammmm, "Xie Xie!" Tu je lah aku faham kot. Yang pasti kami amek je gambar ngan dorang, layaaaaan. LOL. 

# Multi-shot 16 : Senja pon tiba. Ini tak tipu, pemandangan kat sini cantik gilosss. Cam ala-ala Venice gitu. Kahkah over siot. Tapi kannnn, kat sini kami jumpa pokcik baikgiler, kami nak g dinner ikan bakaq tapi tak tahu jalan, Nuyu tolak-tolak aku sambil cakap "Miraa, kau tanya a pakcik tuu. Tanya aa, camne nak g situ! Tegur a pakcik tuu." - Akupon cam ishh kau ni then g kat pakcik tu, "Assalammualaikum pakcik, nak tanya sket boleh? Camne nak g Umbai eh?" satgi aku ingat pakcik tu nak direct je a cam biasa-biasa. Satgi.... TIDAK!! Pakcik tu keluar kan pen pastu cakap, "Oh awak dari mana ni? Awak ada kertas?" :') Pakcik tu lukis peta untuk kamiiii. Pastuh direct secara spesific, siap bagi landmark lagi. Baik cam dah kenal lama je aku ngan pakcik tuu. Tell you what, siapa pakcik tu? Apa kaitan dia ngan aku? Nama dia apa? I HAVE NO IDEA. Yang pasti, malu bertanya sesat jalan. Tolong orang tak guna duit ponnn. Belajar lah sesuatu dari pakcik ni :')

# Multi-shot 16 : Malam pon tiba. Finally, setelah terlajak ke depan ke belakang, reverse and u-turn kereta, berhenti solat maghrib dan jama' ta'dim Isya' di masjid.... Akhirnya kami sampaiiii, climaks hidup aku semalam on Friday, Umbai-in-the-house! Ni jeti apentah nak ke Pulau Besar ke apentah. Yang pasti ikan bakaq kat sini mahsyukkk. Kami makan berdua, tapi amek portion untuk 4 orang miahahaha, memang tamak haloba! Cantik sangat tempat ni. Excited nya aku macam nak mintak pelempang! Makan punye pasal kot citenyeee XD

# Multi-shot 16 : Lepas kenyang, takleh drive balik terus. Bahaya. Jom naik Cruise duluuuu! Hihihihi. Sembilan KM perjalanan atas air, muara sungai Melaka selama 45 minits. Memang romantik, tapi tak amek gambar  plak atas cruise tu sebab aku buat video. Tapi malas nak upload video kat sini, lembab tenet ni hikhik. 

# Multi-shot 16 : Enddd of the day. Habis naik cruise tuuu, kat jeti ni cantik gegileee pemandangan dia bile malam. Tenang gilos. Rasa cam nak terjun jee. Ehh apakah? Hikhik. Ini serious, sepanjang muara sungai ni building dia sangat unik-unik ada lampu-lampu penuh. Tapi aku boleh lihat sepanjang muara ni, banyak bar yang jual arak. Hermm, agak sedih, yet orang kata itu penting untuk ekonomi negara. Huh.... Susah kalau ada minded gitu. Sama macam, dia-lebih-cantik-kalau-dia-tanggal-tudung. Tapi? Takkan nak tanggal? Negara-lebih-maju-dengan-jualnya-arak. Same je perkara ni. Tapi... Siapalah aku, nak cakap semua ni? Aku hanyalah penulis cakera warna di alam maya (': Ehh, apa tu cakera warna? Apa-apa je lah jang!

# Multi-shot 16 : Last but not least. TERIMA KASIH kat Nuyu sebab teman aku hantar adik aku, and terima kasih kat aku gak sebab dah bawa Nuyu jejalan. Terkejut aku bila dia cakap, "Kau tahuu tak last time aku g semua tempat ni time Darjah Enam duluu!" Aku macam, "Haaa!! Subhanallah!! Ok, jom jom, aku bawa kau g lagi sekali jomm. Hehee" Naive sungguh. And especially terima kasih jugak sebab sudi snap semuaaaaaaaaa gambar Muti-Shot-sixteen aku ni kat semuaaa tempat yang aku nak tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Hehehehee, bukan semua orang larat layan aku. Aku kan budak baik, cuma kekadang tu je bangang sikit, sikit jeeee. Maka, pelbagai benda 'berfaedah lagi bermanfaat' aku suke lakukan. Kekekekekeh. Menu kami time ni ; Ikan Siakap Bakaq sekilo amek kauuu sampai nak terberanak ikan dah aku ase nak habiskan, Udang tempura besor tahap gergasi, Sotong bakaq yang segar dan lemak, Kerang bakaq stock cam makan sepuluh orang padahal dua orang jek, sup sayur RM7 yang banyak gilos, nasi aku habis tapi nasi nuyu nangis terbuang, nescafe ais and oren juice. Total = Murah jeee, berbaloi baloi. Whoaaa, 10 kilo berat aku naik dah oi!

If you never do stupid things while you are young, 
you have nothing to laugh when you are old
Tolong jangan bazir kan masa anda dengan bersedih walaupon anda sedang dalam mode sedih. Ehh?

Berakhir sudah satu lagi hari dalam kamus hidup aku.

Lebih kurang jam 11.15 PM kami gerak dari Pusat Bandaraya Melaka ni, balik ke Gombak, Selangor merentasi Negeri Sembilan. Surprisingly.... Pukul 1.10AM sampai campus dah. Haaa, apa yang pelik? "Tak sampai dua jam kau drive dari Melaka ke Gombak?! Ehh laki ke pempuan ni?!" Heheee. Lek lah bro, dah siapa suruh co-pilot tidoq, memang takde orang nak nasihat aku aa. Ehh ape kaitan hikhik? Sedar-sedar je patut sampai at dua pagi, tetibe pukul 1.00 AM, Nuyu terbangun and cakap, "Sampai dahhh?! Ehh, baru pukul satu? Biar benar?" Aku cam Err... Erm... Yeah. Well, kita selamat sampai dah. No worries. Tapi... Aku takut, aku cam kena 'tangkap' je ngan speedtrap kat Seremban. Tapi tak kot, perasaan aku je kot. Kfine. Lupekannn.... And luckily, pakguard kasi masuk campus smoothly je tanpa tanya banyak. Hehe, our lucky day! Alhamdulillah. Multi-shot-sixteen in memory.

P/s : Aku sebenarnya ada benda lain nak cerita. Tapi penat aaa, aku baru lepas lulus final exam untuk swimming skill aku petang tadi. MasyaAllah, aku rasa diri aku ni cam superhero. Fuhhh. Sambung cerita lagi nanti! Sekarang dah tahu dah kenapa kaki aku cram sampai lemas petang tadi? Haha adoi. Kbyeeee.

May 9, 2013

Borak-borak kosong, update diri sendiri on May 9th.

Kenyang tahap nak tergolek golek dah ni oooi. Baru lah aku sedar bahawasanya sudah hampir 3 hari aku tidur jam empat pagi dan ke atas, semalam je aku mampu peluk bantal jam lima pagi. Fuhh, time roomate aku punye alarm bunyi nak bangun sahur, aku baru nak tidur. Seb baik aku pon nak sahur sama, so takpe a kejut mereka bangkit walaupon mereka tak bangkit ponnn kuikui. Adoi. Sedih betoooool hidup camni! Kenapa harus banyak sangat kerja! Kenapa banyak sangat benda nak kena fahammm! Kejam aaa, kejam! Tunggu lah aku kerja gaji besor nanti, jangan sesiapa ganggu waktu tidur akuuu! Aicewah, berangannnn -__-"

Jadinyaaaaa, weekend pon tibaaaaa! Jumaat, Sabtu, Ahad! Woohoooo. Pergi mampos semua kerja! Weekend is weekend dudeee. Apakejadah buat kerja time weekend? Live a lifeeeeeee! Hihihi kalau ayah aku dengar ni, mahu aku kena tempeleng sebijik. "Live a lifeee kau kata? Abes tuu yang weekdays tuu dok melagho je keje tu tak cukup live-a-life lagi?!" Ishhh berbeza sungguh budak Law ngan Engineering ni. Ehh, ha'ah. Ayah aku Law dulu. Tapi tak jadi Lawyer ponnn sebab dia jujur yang tahap..... Hermm selurus-lurus aku, lurus lagi dia. Miahahah!

Ahhh, abaikan semua ni. Esok kena drive g Melaka lah plak, kena hantar adik aku pergi sana. Aku kadang-kadang bengang jeee dengan adik bongsu aku nii, semua nak kena berhantar berambek, berjaga itu ini. Aicehhh padahal bila dia cakap, "Biar Diba naek bus je lahh." Laju-laju je aku cakap, "Ahh takyah lah, biar Miya hantar jee. Bahaya lah awak naik bus." -__-" Pastuh menyesal terlepas cakap, kenapeeee aku susah kan diri aku ni? Ahahaha aku manusia bangang. Tapi chill, dia satu-satunya adik perempuan aku. Selagi aku tak kahwin, dia tak boleh kahwin, banyak cantik kauuuu! Wkwkwkwkw, tak gune punye kakak.

Lusa, first kawan aku kahwin. Subhanallah, excited lah jugak aku nak pergi. Tapi.... Takut sesat! Aku ni loser kot citenye. Adoi. Dah lahhh, malam ni tak tahu aaa boleh tidur pukul berapa, aku rasa mata ni kalau boleh mengamuk, mengamuk dah aku raseeee. Lantak aaa! For the better future, eyes please bertahan skek. Kita ado banyok korja citenye niii. Kekekekeke.

Anyway, harini siang tadi aku settle double presentation. Mak ooooi both aku kena embush. First, heat treatment kami buat case study "Manufacturing of Gear Shaft by Vacuum Carburizing and Gas Quenching" - Honestly, aku suka baca article pasal ni, jadi makanya ada jugak lah pengetahuan aku ni walaupon tak seberapa, tapi alhamdulillah tadi soalans classmates boleh jawab walaupon terabur sket, tapi takde sangkut :') Tapi yang tak tahan lecturer tuuuu masalah betul semuaaaa soalan dia bagi macam nak bunuh kitorang. And aku lah yang paling kuat melawan -__-" macam biasa. And tak tahannye aphal dia tanya soalan yang aku berhempas pulas fikir nak draw bagai satgi dia dah nampak aku ni cam orang 'lembap sangat', dia sempoi je jawab, "Theres actually no answer for that question" Aku cam, whaaaaaaaaaaat?! Seb baik aku puasa, aku sabar. Ikutkan hati nak aje aku jerit, "Are you insaneeee?! Then why you bother to ask?!" Eh, tapi aku tak cakap, aku senyum je simpan dalam hati. Selepas sejam, sejammm cakap kauuuu dok bersesi soal jawab macam interview company, macam aku betul-betul nak manufacture gear je citenyeee, group lain 30 minutes jeee. Akhirnya selepas habis kami dibuli, lecturer tu pon cakap, "Okey class, give a big applause to this group." Oh terkejut siot! Hooooi kau ingat senang nak dengar lecturer ni cakap benda yang pleasure? Serious susah. Fuhh, berbaloi sejam 'bertikam lidah' ngan dia mempertahankan process yang kitorang pilih ni. Weeeee seronoks!

Aku takleh blah dia tanya, "Imagine if your chamber is as big as this room.... In what pressure would you use and how long does it take? Give me the exact time." - Aku macam, apa ke hal besor sangat chamber kau nak gunee sebesor class nii?! "Sorry sir, but i think its impossible to have that such a big chamber?" satgi dia cakap, "I said, IMAGINE." . Fineeeee adoi, cam dunia fairytale plak aku ase time present nak imagine bagai. Letih betul.

English tadi, aku cerita pasal Class Attendance statistic decrease as rate of air pollution increase. Mak eh, tetibe madam aku tak puas hati. Hahaha letih aku nak explain, padahal akupon tak tahu nak goreng apa. Dah cam tambi dah aku goreng tadi. Lantak lahhh. Let bygone be bygone. Esok malam nak makan ikan bakaq Umbai. Weeeee! Cepat lah esok, Malam ni jommm siapkan kerja sekolah cikgu bagi duluuuu. Hihihi makan jeee dalam kepala hotak kau tu kannn! XD Ehh jap, aku ada jumpa something nak tunjuk jap before aku off laptop ni hikhik.

#1 Nak panjat tangga kiri ni letih semput, tapi rules dia 'jangan berhenti hidup harus diteruskan' Cewahh!

 #1 Sebatang kayu selepas sebatang tali halus. Kalau jatuh apa jadi? Hidup dan mati ditangan Tuhan. Chill.

#2 Aku ade cerita kee aku g main benda panjat-panjat cam monyet ni? Kihkih. Seronoks koooot jadi 'monyet' kita panjat-panjat ikut pokok, pastuh dah sampai tinggi berapa juta meters atas darat turun gune flying fox berturut-turut, time ni plak hujan ribut taufan melanda. Fuhh, memories. Aku baru terjumpa gambar ni, padahal aku g time midbreak aritu kot? Haha lama dah, basi dah kot citenye! Klah, times up, masa untuk buat kerja. kbye.


P/s : Wei, Rejab dah nak tiba weeii. Main tuuu, main jugak. Rejab ni bulan 'gempaks' sebelum Ramadhan tiba. 
Perbanyakkan puasa lah joooommss (:

May 8, 2013

This is so sad, Malaysian.

Many of life's failures are people 
who didn't realize how close they were to success when they gave up!
-Requote.

Tahu kah korang, aku tak macam nii sebelum ni! Aku serious, aku bukan orang gile politik. Aku tak amek tahu pon, aku lek je hidup dengan cara aku. Tapi.... Kali ni aku rase, dah macam melampau sangat lah. Aku takleh nak tahan dah. NEVER GIVE UP, YOU ALMOST THERE!

Honestly, aku nak luahkan something before start buat assignment.

This is so sad, Malaysian. I feel bad. Aku rasa sedih, aku rasa sedih sangat dengan negara aku. Aku tak mampu buat apa-apa selain berdoa, semoga Allah lindungi kita semua, sampai aku terfikir kan.. Kalau kita hidup dalam keadaan teruk, baik 'kiamat' kan sahaja dunia ni. Apa guna hidup jika dipenuhi dosa? Apa guna dunia, kalau kita lupa akhirat? Apa guna bangkit setiap hari jika kita lupa solat? No use. No useeee, friend! Bersatu lah Muslims, bersatu lah kita atas dasar Islam! Kita sembah Tuhan yang sama, kita percaya pada rukun Islam yang sama, kita berpegang pada rukun Iman yang sama, kita percaya wujudnya Akhirat, tetapi kenapa kita macam ni? Kenapa kita berpecah? Ini semua kerana tamak, tidak jujur, lupa daratan, lupa Tuhan, tak malu keee dengan diri sendiri? Tak takut keee dengan Tuhan? Allah sedang 'melihat' kita weiii! Agak-agak aaa. Sedih wei, aku sedih... Aku rasa nak lari pecut sejuta meter per second sekarang jugakkk T___T

"Ayah, saya sakit hatiiii. Saya sakit hati sangaaat! Mana boleh dunia jadi camnii!"
"Jangan sebok. Awak muda lagi, awak takleh buat papeponnn. Kalau sakit hati, solat banyak-banyak!"

Okei, fine. Faham. Belajar lagi bagus. Belajar hoi belajar!

P/s : Aku minta maaf lah kalau aku dok emooooo pasal PRU 13 ni tak habis-habis lagi. Aku memang cenggini, aku memang poyoooooooo!! Tapi betul jugak, benda ni jadi 5 tahun sekali. Salah ke aku nak emo. Ahhh, tak suke sudah.